Home » , , , , , , » Buatlah Masa

Buatlah Masa

Written By Noraini Zolkaffli on Friday, March 21, 2014 | 9:33 AM

Adakah kita kategori ibu bapa yang kaya harta tetapi miskin masa? Walaubagaimana sibuk dengan kehidupan harian kita, anak-anak patut menjadi perioriti pertama dalam kehidupan kita. Bukan sekadar berjaya dalam kerjaya malah kecemerlangan dalam mendidik anak-anak merupakan pencapaian yang paling hebat kepada ibu bapa.


'Daddy Mommy Busy la..'


Tuntutan kerja yang banyak menyukarkan kita untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Sebenarnya, masa untuk diluangkan kepada anak-anak  ini bukanlah susah dan perlu perancangan bercuti bersama dengan teliti. Kita hanya perlu luangkan masa untuk makan bersama, memonton tv bersama mahupun berbual dengan anak. Ambil peduli apa yang anak-anak lakukan setiap hari. Tanya mereka ' How was your day?' dan dengar rintihan mereka di sekolah, berikan penyelesaian kepada masalahyang mereka hadapi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat dalam mendengar rintihan anak-anak terutama sekali anak-anak remaja. Kerana dalam peringkat remaja banyak yang perlu kita ketahui dan pantau segala tindak tanduk anak remaja, sekiranya ibu bapa leka dalam memantau anak remaja maka mereka mungkin akan lebih terdedah kepada dengan pengaruh kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa merekan sendiri. Fikirkan lah bila kali terakhir kita mendengar keluhan anak kita? Secara jujur bolehkah kita nama kan apa lagu kegemaran mereka? Apa subjek yang mereka pelajari di sekolah? Apa buku yang terakir mereka telah baca? Sekiranya setiap hari kita mengambil peduli tentu kita boleh jawab semua ataupun sesetengah soalan tersebut.

Punca Gejala Sosial


Perkembangan teknologi ICT turut menjadi satu daripada punca berlakunya gejala sosial. Tidak hairan masalah sosial seperti kes pembuangan anak, bersekedudukan, minum arak, gay, lesbian, dadah dan pelbagai lagi meningkat secara mendadak dan membabitkan pelaku tertinggi dalam kalangan remaja berbangsa Melayu.

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara tahun 2007 mencatatkan sebanyak 16,100 pendaftaran anak luar nikah berbangsa Melayu, ia meningkat 16,541 pada 2008 dan 17,303 (2009). Laporan Agensi Anti Dadah Kementerian Dalam negeri pula mencatatkan etnik Melayu adalah penagih teramai dikesan sepanjang bulan Januari 2012 iaitu 530 orang atau 78.75 peratus. Kes lain seperti lari dari rumah, samseng jalanan dan buli turut membabitkan ramai remaja Melayu. Di media sosial kebanyakan yang terbabit dengan penyalahgunaan siber (jenayah siber) dan pornografi juga terdiri daripada masyarakat Melayu.
(sumber daripada harian Metro)

Gejala pembuangan bayi semakin meningkat.

Jadi secara umumnya masalah sosial ini berlaku ada kaitan dengan kepincangan sesebuah institusi kekeluargaan. Ada antara remaja yang terjebak dalam masalah sosial menyalahkan ibu bapa tidak pernah mengambil tahu masalah mereka sehinggakan mereka mencari teman seperjuagan sebagai alternative yang mana sekiranya tersalah memilih kawan maka hancurlah hidup anak-anak. Alasan biasa yang sering kita dengar ialah ibu bapa sering sibuk dengan urusan kerja mencari rezeki sehinggakan tidak ada masa untuk bersama anak-anak. Rumah yang sepatutnya menjadi syurga, bertukar menjadi tempat persinggahan untuk balik berehat dan tidur sahaja.  Sedih, apabila keadaan seperti ini terjadi kepada kita, maka ayuh ibu bapa sekalian lakukan perubahan kepada kehidupan harian kita. Buatlah masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga, kerana pengorbanaan masa yang diluangkan inilah yang akan memberi seribu rahmat di kemudian hari. Percayalah....

" Your Children need your presence more than your presents "

Sedikit perkongsian cara saya dan suami mendidik anak boleh anda ketahui di blog saya. Happy blogwalking...Thanks

0 comments:

Post a Comment