Home » , , » Cemburu Memburu Ilmu

Cemburu Memburu Ilmu

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Friday, March 21, 2014 | 9:01 PM

Cemburu buta, macam bercinta, adui peninglah, boleh buat kita bergaduh sesama insan, sampai ada yang bertumbuk , keluar parang, dan ada yang sampai jadi pembunuhan. Kes cemburu begini memang sukar  hendak di kawal kalau dah kemaruk sangat bercinta.

Tapi kalau cinta itu kepada ilmu, ianya menjadi sesuatu yang baik. Semuanya berebut nak menjadi yang terbaik, nak belajar sesuatu yang baru. Memburu Ilmu adalah sesuatu yang di suruh dalam Islam, menjadi umat yang cemerlang adalah dengan ilmu, iman dan takwa.

Hahaha masih ingat tak kenapa Mami Hadhatina jeles teramat ? Hahaha saya cuba merapu di blog saya, tapi apa yang boleh saya katakan,  mami yang dah master jeles bila tak dapat nak join kelas, tentu mami inginkan ilmu baru tentang blog. Sikap mami suka belajar dan update benda benda baru, walaupun mami dah pegang wang besar dalam business Shaklee .

Saya juga kagum dengan semangat supermoms Sister, terutama Nurul dan Kak Azmiah yang sanggup bersama adik yang beradik yang lain untuk belajar ilmu blog. Mereka tak pernah rasa ilmu mereka dah cukup, walaupun mereka dah berada di rank yang tinggi dan merasa income besar dengan business Shaklee.

Apapun saya masih sedih juga, ada kalanya tak dapat nak join majlis ilmu , tak kisahlah ilmu marketing, sains, dan agama. Jadi sifat cemburu saya masih belum ditafsirkan kepada tindakan untuk menghadiri atau mempelajari ilmu yang ada.

Jom kita belajar dan terus belajar, ILMU itulah KEKUATAN SEBENAR KITA !!!!

Faiz Saaid

2 comments:

  1. Nak seribu daya, tak nk beribu dalih... terlepas majlis ilmu ni terasa ralat sebab masa yg berlalu tk kn kembali. Peluang yang kita dapat hari ini belum tentu kita akan dapat lagi.

    ReplyDelete