Home » , » Dilema seorang pendidik

Dilema seorang pendidik

Written By Ainul Mustafa on Friday, March 21, 2014 | 11:16 PM

Pendidik dalam business atau mentor atau leader. Apa-apa je la nama gelaran untuk mereka. Senang ke menjadi pendidik ni? Ramai yang cakap buat biz MLM orang atas akan goyang kaki je. Kutip duit downline. Betul ke? Cuba jadi leader dulu baru tahu bagaimana rasanya. Tiada istilah goyang kaki.Nak goyang badan pun tak sempat. 24 jam 7hari kepala asyik memeikirkan anak-anak buah je. Apa lagi yang belum aku lakukan


Tegas

Salah satu ciri kena ada dalam seorang pendidik. tetapi kadang-kadang terlalu tegas buat orang menyampah. Bila baik sangat pijak kepala. Bila marah sikit merajuk.Padahal dalam hati seorang leader , dia mahu anak cucu dia dapat apa dia pernah dapat. Dia dah rasa 4 angka, dia nak anak cucu pun merasa 4 angka. Tegas sebab sayang



Mencari ilmu


Pendidik tak kira cikgu atau leader sanggup buat apa sahaja nak curahkan segala ilmu yang ada.Ada yang offer diri untuk berjumpa malah ada yang sanggup ke rumah anak cucu tapi tidak dilayan. Sepatutnya anak murid mencari cikgukan.. Bukan kena bayar..FREE je. itu pun taknak. Majlis ilmu yang kena bayar lagi la liat nak join.



Hormati masa orang lain


Bila leader plan buat kelas, berapa kerat je datang. Tu pun last minit cancel dengan alasan tak munasabah. Alasan ada hari sukan sekolah.Hari Ahad pulak tu. Sukan sekolah bukan sebulan dua je punya planning. Apsal mula2 setuju. Hormati la masa leader anda. Mereka korbankan masa bersama keluarga, masa santai, masa diri sendiri untuk bantu kita.kita boleh pulak kejap jadi kejap cancel. Belum lagi kes konon buat makan-makan.. si leader dah sediakan semua makanan..sekali sorang pun tak datang.Hanya air mata mampu mengalir melihat makanan menjadi habuan si kucing belakang rumah


Betul la orang cakap nak berjaya perlukan 7 gunung air mata. Kesusahan dalam biz keperitan mendidik anak cucu. 

Suatu hari kita juga adalah leader. Mungkin apa yang kita lakukan pada leader kita akan terjadi pada kita... 

Selamat menjadi pendidik/ leader/ upline yang BERJAYA...


branding your blog by ainul mustafa  & faiz saaid





2 comments:

  1. sabar dan kena sabar, harap harap mereka faham satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Nak jadi org yg berjaya kena la follow langkah org yg dah berjaya. Kehendak dan usaha kena la dtg dr dlm jati diri org itu sama ada dia nk berada di atas atau pun tertinggal di belakang

    ReplyDelete