Home » , » Gajah, Tenggiri dan Salmon

Gajah, Tenggiri dan Salmon

Written By Harris Abd Hamid on Tuesday, March 25, 2014 | 4:43 PM

Ini bukan cerita hikayat ya. Dan ini juga bukan lawak jenaka. Tapi lepas baca ni mungkin ada yang gelak-gelak sebab memang ternyata lawak yang berlaku di hadapan mata kita hari-hari.

Alkisahnya, cerita ini belaku minggu lepas. Ada musafir berkaitan kerja di Alor Gajah. (ok...memang cerita ni bukan pasal haiwan yang dipanggil gajah. Ambil nama tempat je). Sebelum ni tak pernah guna exit PLUS kat Simpang Ampat tu. Last week dapat rezeki untuk menjadi penceramah dalam Seminar Kepenggunaan anjuran Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan tajaan KPDNKK. Maka dapatlah stay semalam di A Famosa Resort. Ramai yang datang ke seminar tu; lebih ramai dari jangkaan penganjur. Dan, alhamdulillah, banyak perkara yang dapat dibincangkan dengan para peserta.

Lokasi seminar ialah Alor Gajah, tapi mengapa unta yang ada dalam dewan? 

Antara perkara menarik yang dibincangkan ialah punca kenaikan harga barang. Siapa yang suka bila harga barang jadi lagi mahal, kan? Ramai yang mengeluh sebab barang-barang jadi lagi mahal. Sebagai usaha 'menyakat' para peserta, saya beri satu soalan: 'Mengapa salmon lebih murah daripada tenggiri?" (kalau tak percaya, sila bulatkan mata tengok gambar yang diambil hari ni kat AEON Big Wangsa Maju. Nampak tak tenggiri lagi mahal dari salmon?)



Ada yang kata salmon murah sebab tak ramai orang yang beli. 

Hmmmm.... dulu salmon mahal. Mengapa sekarang murah. Adakah dulu ramai yang beli dan sekarang ni ramai yang tak nak beli? Rasanya salmon makin ramai peminat sekarang ni. Susah nak terima alasan permintaan berkurang.

Kalau guna alasan tu, maka kita terpaksa terima kenaikan harga tenggiri atas alasan yang sama. Tenggiri mahal sebab ramai yang makan tenggiri. Betul ke? Jawapan yang sebenarnya lebih layak diberi oleh ahli ekonomi. Mungkin kena kaji elemen 'keanjalan harga'. Ssesetengah barang kenjalannya tinggi - naiklah kot celah mana pun, orang tetap beli jugak (cth: rokok. Kalau naik sampai RM12 sekotak pun, ramai lagi yang tak nak berhenti membakar duit). Peranan pengedar pun kena tengok jugak. Takut orang tengah ni yang 'kenyang' makan untung, pengguna tersedak bila nak membeli.

Cuma secara peribadi, rasa pelik sebab salmon yang diterbangkan jauh lebih murah daripada ikan yang dekat (termasuklah ikan merah dan beberapa ikan lain yang lagi mahal daripada salmon). Perlu kita selongkar mengapa salmon lagi murah. Kalau demand terhadap udang makin lama makin tinggi, maka kita tak kan mampu lagi makan cucur udang.  Cari resepi untuk cucur salmon pulak la ya. Jangan nak makan gajah pulak tau. 

Anak udang udang juga
manakan sama anak tenggiri
udang dan tenggiri mahal gila
belilah salmon masak kari

(rasa nak gelak tak bila fikirkan harga barang kat Malaysia ni?)

p/s kalau nak baca kisah beruang pulak, sila klik sini.

1 comments: