Home » , , » Kelas Blog PERCUMA ?

Kelas Blog PERCUMA ?

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Saturday, March 22, 2014 | 2:05 AM

Sebenarnya tiadalah percuma, tapi kelas yang dibuat ini adalah hasil dari usaha sama Cikgu Nurul dan rakan rakan lain untuk menjayakannya. Yuran RM 10, sekadar yuran komitmen sahaja. Dalam kelas blog kali ini, saya menyentuh sedikit tentang asas BLOGGING. Kenapa blogging ye ? hooo menarik ini, rasa rasa apa yang paling best tentang blog berbanding sosial media yang lain seperti facebook ?

kelas,blog,percuma,shaklee,seo,marketing,tips,soft,selling,

1) Total CONTROL

Satu elemen paling penting dalam BLOG ialah total control, apa yanga da di blog kita , adalah kawalan kita, berbanding facebook yang mengawal algoritma news feed, kita sendiri tentukan cerita apa yang di atas, layout , gambar, dan corak blog kita. Di sini, kalau tahu dengan corak dan pemilihan layout yang berkesan, memang akan mendapat sambutan blog kita !!!

2) SEO

Elemen SEO, Search Engine Optimization ini paling menarik untuk kita menarik trafik , lagi lagi kalau orang yang menjual macam kami jual Shaklee. Bagaimana facebook ada had untuk kawan, SEO membolehkan kita menarik lebih ramai trafik, tanpa HAD jika anda tahu caranya !!!

3) RUMAH KITA

Walaubagaimanapun, BLOG seperti yang ramai tahu, mengambil masa yang lama untuk menjadi benar benar berkesan, tetapi kalau rajin, tak mustahil kuasa SEO akan nampak kesan, jadi BLOG ini seperti Rumah KITA, kedai KITA yang perlu disayangi, ianya bersifat kekal, mudah di cari, dan akan menjadi kenangan sampai bila bila selagi google tak delete blog kita.


Apapun jom layan video di bawah ini, sedutan kelas blog yang buatkan mami Hadhatina jeles semacam, oklah, sedikit keseronokan bila Puan Ainul Mustafa berkongsi tips dan rahsia teknik soft selling !!!




Anda Dah ADA BLOG BELUM ?
Jom buat satu
Memang terasa SERONOK ADA BLOG !!!


Faiz Saaid




0 comments:

Post a Comment