Home » » Khamis Hari Kasih Sayang

Khamis Hari Kasih Sayang

Written By Zana Adieyza on Thursday, March 20, 2014 | 5:46 AM

Hari Khamis yang indah... 


Pakar motivasi kata hari Khamis adalah hari kasih sayang *dikaitkan sebab Khamis malam Jumaat.. hihihihi.. disarankan jugak kita memakai baju yang romantis pada hari Khamis seperti pink dan purple untuk menambahkan lagi mood kasih sayang tu.. 

Walaupun hari Khamis dikaitkan dengan hari kasih sayang oleh kebanyakan pakar motivasi, tapi sebenarnya hari lain pun hari kasih sayang jugak.. setiap hari.. setiap hari kita meluahkan rasa kasih sayang & setiap hari juga kita memerlukan kasih sayang.. kasih sayang sesama manusia & yang paling penting kasih sayang kepada pencipta langit dan bumi, Allah Yang Maha Esa..

Suami isteri contohnya tak perlu menunggu hari Khamis untuk lebih romantis.. tak perlu tunggu anniversarry untuk meluahkan perasaan cinta.. tak perlu hari lahir pasangan untuk memberikan kejutan istimewa.. hari-hari lain pun boleh.. mood pengantin baru harus kekal setiap hari.. insyaAllah perkahwinan akan lebih bahagia setiap hari sehingga ke syurga nanti..

Antara tips untuk hubungan yang lebih mesra antara suami isteri yang mungkin boleh cuba hari ni adalah pakai baju warna sedondon.. suami isteri pergi office hari ni pakai baju warna purple.. kat office kalau kurang sibuk cuba call/sms/whatsapp pasangan dengan kata-kata romantis.. tak pun boleh cuba lunch bersama kalau berkesempatan.. balik kerja mungkin boleh bawak pasangan & anak-anak ke taman bunga atau tasik untuk hilangkan penat seharian sambil luangkan masa bersama.. waktu Maghrib kalau boleh cuba untuk solat berjemaah bersama pasangan & diakhiri dengan doa agar hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga.. boleh dinner bersama & menonton drama yang berunsurkan kasih sayang sebelum masuk tidur..

Kadang kala dalam perkahwinan, kita perlu cari sesuatu yang berbeza daripada biasa.. semua ni adalah untuk mengelakkan wujudnya rasa "biasa", "dah biasa" atau "bosan" dengan hubungan yang dibina.. selamat mencuba :)

Nota cinta : kalau nak lebih tips dalam perkahwinan, maybe boleh jenguk blog adieyza.blogspot dan cari label "Alam Perkahwinan".. have a nice day 

1 comments: