Home » , , , , , » KONSPIRASI MH370 : Belajar Untuk LULUS Sahaja ?

KONSPIRASI MH370 : Belajar Untuk LULUS Sahaja ?

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Thursday, March 27, 2014 | 10:08 AM

Semua kita kalau nak belajar, masuk sekolah, nak lulus, mestilah, siapa nak gagal. Tapi, bila kita makin membesar, apa yang dipelajari itu, macam tak guna, kita rasa ooohh, mana ni, tak apply pun semua ilmu tangen, kos,sin, sudut dan semua sekali. Last kita rasa kita kecewa, apa ni, belajar tah kemana, ada master, last last duduk rumah,


konspirasi,mh370,belajar,lulus,ilmu,kuasa
belajar mesti nak score punya

Belajar BETUL-BETUL

Bila kita betul betul belajar, kita baru faham, mengapa dan kenapa kita nak kuasai ilmu tersebut. Dengan kuasa ilmu dan kefahaman yang mendalam, ianya dapat memberikan satu kuasa yang luar biasa, satu idea dan inspirasi, dan buatkan mereka faham dan hargai, sejauh mana ketinggian ilmu, tanpa kefahaman yang betul betul mendalam, ianya menjadi tiada guna, orang jawa kata useless. Tapi kuasa ilmu yang difahami dengan mendalam, memahami konsep yang simple, ianya menjadi lebih menarik, ianya menjadi penarik kepada semua orang, termasuklah anda yang berniaga produk kesihatan. Kekuatan ilmu kita memberi nilai tambah kepada kita, berbanding peniaga lain yang HANYA SEKADAR MENJUAL !!!


Mengenali Prof Madya Aduwati Sali

Sebenarny nama dia mungkin orang bidang dia je kenal, tapi saya rasa, sejak dia ditemu ramah dalam metrotv, saya rasa kagum, dia memang pakar, dia buatkan saya perlu kerja keras, fahamkan teori betul, dan di situ satu pengiraan asas membuka mata semua pihak. Ilmu yang diterangkan sangat mudah, walaupun ianya bercerita tentang Doppler Effect. Di sini bak kata Einstein, kalau kita dapatkan meringkaskan sesuatu yang kompleks, maknanya disitulah tahap kefahaman kita terhadap sesuatu ilmu. Ternyata, dia buktikan, penyelidik kita berbakat, dan lepas ini, semua media akan angkat penyelidik kita kerana konspirasi MH370. Inilah salah satu HIKMAH yang Allah turunkan bersama MUSIBAH yang melanda negara kita.






Belajar dan FAHAMI KONSEP

Sejak dari MH370, saya rasakan kuasa ILMU, meraikan ilmu itu amat penting, sebab itu blog ini diwujudkan, kerana mukjizat yang Allah turunkan kepada kita, bukanlah untuk kita berlagak siapa betul dan pandai, tapi ianya untuk memupuk CINTA sesama INSAN. Belajar kerana cintakan ILMU, bukan kerana nak kerja dan lulus sahaja. Ilmu anda, kefahaman anda, dapat mungkin dapat MENYELAMATKAN INSAN yang MASIH SESAT !!!






1 comments:

  1. The more you give, the more you get.
    The power of giving.. alhamdulillah

    ReplyDelete