Home » , , , , » KONSPIRASI MH370 : Musibah dan Hikmah

KONSPIRASI MH370 : Musibah dan Hikmah

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Friday, March 21, 2014 | 10:24 PM

Masih lagi kita berharap, semoga wira wira warga penerbangan MH370 selamat dan dapat dijumpai. Banyak juga teori serta spekulasi yang ditulis oleh banyak media , termasuk juga blogger tegar yang meramalkan tentang wujudnya unsur unsur pengganas dan sebagainya. Bila saya perhatikan sikap kita , apakah kita fokus hanya pada musibah, ataupun hikmah disebalik kejadian kehilangan pesawat mh 370 ? Ianya bergantung kepada pemikiran kita.

Bicara Ilmu
Suatu yang bagus ketika negara sedang dilanda isu politik murahan dan gosip artis, ramai yang tertarik dengan beberapa ulasan pakar dan ramai juga mengatakan tentang teknologi pencarian pesawat mh370. Boleh saya katakan, semua orang berlumba lumba nak cari ilmu tentang radar, menjadi seorang pilot dan tak juga ilmu tentang kapal penyelamat dan sebagainya. Alhamdulillah, suatu tanda positif bila kita sukakan ilmu , jadi jaranglah kita berbicara kosong tentang artis dan sebagainya.

Kekurangan Kita
Bila kita sebut lagi tentang ilmu, tentang kegagalan kita mengesan pesawat, kita berfikiran positif, Allah nak tunjukkan kelemahan kita, dan di situ kita boleh memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita. Kita belajar dari setiap kesilapan atau kegagalan kita dalam mengatasi masalah yang menimpa.

Sains Tidak Berakhir
Ada satu pendapat yang mengatakan bila sains  berakhir, kuasa Allah yang menentukan segalanya. Bagi saya, ungkapan sains berakhir adalah seperti mengecilkan ilmu Allah yang maha luas. Bukankah kita kita pernah membaca ayat Al Quran dibawah

Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula. (QS. Al Kahfi: 109)

Peristiwa begini membuatkan barat mahu menguji dan menunjukkan keupayaan teknologi mereka untuk menyelesaikan masalah negara kita. Sejak dulu budaya ilmu dalam orang yang berjaya membawa satu penemuan baru yang memberi manfaat kepada manusia. Jadi manusia perlu lagi berusaha dan berusaha untuk memantapka  lagi ilmu di dada.

Dunia Memerhati Kita
Sebagai rakyat Malaysia, dunia memerhati reaksi kita, sikap kita tentang  kehilangan pesawat mh370. Beberapa perkara yang memalukan telah berlaku, dan tiada tindakan yang di ambil kepada orang tersebut. Cara kita untuk berfikiran positif di ganggu pula dengan media yang sukakan konspirasi dan spekulasi, lagi lagi isu politik parti yang dikaitkan dengan mh370. Kita perlu kukuhkan ukhwah kita dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Doa dan Terus Berdoa
Doa dan jangan berputus doa kita, segala usaha telah pun dibuat, teruskan dan teruskan aura positif mencari penyelsaian. Mencari dan mengkaji ilmu baru, itulah manusia cemerlang. Yang tersurat itu Musibah, yang tersirat itu Hikmah.

Pray for mh370
FaizSaaid

0 comments:

Post a Comment