Home » » Menuntut Ilmu ehem ehem dgn sifu Faiz dan Ainul...mmg syok!!

Menuntut Ilmu ehem ehem dgn sifu Faiz dan Ainul...mmg syok!!

Written By najwa nawawi on Tuesday, April 1, 2014 | 1:07 AM

Selalu orang kata kalau nak pandai kena la menuntut ilmu...ilmu plak ada macam-macam...ilmu penunduk ada...ilmu silat ada...ilmu nak hilangkan diri pun ada...tapi kali nih, saya dan suami pegi sampai ke Melaka untuk menuntut ilmu ehem ehem dengan sifu Faiz dan Ainul bersama anjuran group Fantastic Superstar Ibuk Zeti...hah, jangan fikir yang bukan2 plak yer..Ilmu Ehem Ehem nih hanya untuk yang Fantastic mcm kitaorang je...hehehe Ilmu Membisneskan Diri Dengan Blog.... Maklumla...kami semua mmg taktau ape benda blog tuh...rajin baca je kat internet tapi tak penah pun terfikir nak buat Blog sendiri...sampai la jumpa Sifu dua orang yg giler2 sporting nih sumernya berubah sekelip mata..dari taktau apa itu Blog..camna nak buat...dan skang dah boleh faham dan tahu nak buat..alhamdulillah :)

okay la..so, ayu ditugaskan oleh Sifu untuk kongsikan di sini...nak terang lebih2 mmg tak pandai sangat hehe tapi dari apa yg kami pelajari masa kelas tuh mmg best...smuanya hands on..takde slide tapi smua kena menyumbang idea sendiri...terasa mcm kat U plak...brainstorming la katakan...hehe
so, first step, we all blaja pasal APA ITU BLOG. Apa yang best sangat dengan blog nih...so ini lah hasil brainstorming kami smua yg hadir ke kelas pada pagi sabtu lepas...

      keypoint kat sini yang best nya tentang blog ialah TOTAL CONTROL 
- you get to do what you want -

 Blog juga mesti ada element SEO - kuasa untuk tarik ramai orang untuk baca blog kita...best kan...so kena la be creative :)

 Then, kena la ada fokus...takleh la carca marba...hehe so bila kita dah fokus ( based on the target apa yang kita nak, baru la kita akan jadi expert...dah expert, kompem la orang akan trust kita dan secara tidak langsung kita akan jadi tempat rujukan. Kesimpulanya, setiap entry kita mesti menunjukkan identiti diri kita. Elakkan aktiviti CUT and PASTE dari entry / blog orang lain.


 ini plak pasal Traffic..bila dah ada blog, dah ada entry..macam mana kita nak tarik orang ramai untuk baca dan follow blog kita. so ada banyak cara kan kat dalam gambar atas nih...boleh la kita apply it :)

Gambar kat atas nih adalah gambar tugasan hands on kami untuk mulakan entry pertama dalam blog masing-masing. Pemilihan tajuk entry sangat penting supaya sentiasa menarik minat pembaca untuk baca blog kita. 

Ini lah ilmu yang kami dapat sepanjang sehari bersama sifu Faiz dan Ainul...mmg best dan tak cukup rasanya...kena gi menuntut ilmu lg hingga ke shah alam plak lepas nih...inshaAllah...
Nak juga selit gambar salah seorang peserta yg dah dapat aura blog...semangat sungguh siap mind map tuh!

kalau nak baca apa yang peserta khusyuk nih tulis, leh baca kat sini...
http://theoriginvitamin.blogspot.com/2014/03/10-cara-konvensional-untuk-kurus.html

Okay la, cukup perkongsian entry saya kali ini...1st try untuk 1st entry...kalau ada salah silap mohon tunjuk ajar yer sifu...
Overall, mmg best kelas blog nih...banyak lagi yang perlu kami pelajari...semoga saya dan rakan2 yang lain dapat menghasilkan satu blog yang boleh menarik minat orang ramai untuk baca sekaligus boleh menjanakan pendapatan buat kami juga... Semoga kita semua dapat manfaat dari ilmu yang dipelajari. Terima kasih, sifu Faiz dan Ainul!

7 comments:

  1. simple dan menarik , kalau rajin boleh share apa apa tips di sini

    ReplyDelete
  2. Satu ilmu yang bagus... sejajar dengan keperluan dan kehendak masa kini. Semua maklumat dihujung jari. Blogger ni perlu pandai mencari momentum dan topik untuk menarik org membaca blog nya.

    ReplyDelete
  3. Pandai menulis.bakat terpendam keluar akhirnya

    ReplyDelete
  4. Nice.. mak bapak borek, anak rintik

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok kelas macam ni jugak ida, nota di atas takkan sama dengan nota untuk esok, ianya berubah ubah

      Delete
  5. terkenang semasa duluuuu...tanya sama itu hud-hud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitar nak tunggu spare parts yang hilang, nanti boleh terus beraksi

      Delete