Home » , , , » MLM : Dulu dan Sekarang

MLM : Dulu dan Sekarang

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Sunday, March 23, 2014 | 11:15 PM

Malam yang saya lalui dulu bukanlah yang sekarang. Ceh macam lagu Tegar pulak. Kalau saya nyanyi pula tentu ramai yang tegur tak best. Adui sakit kepala pula nanti korang dengar. Bila sebut business MLM, memang dah jadi lumrah kepada setiap insan , MLM menindas orang bawah. Tapi malam ni nak cerita jugaklah kisah mlm dulu dulu, tentu banyak pengalaman yang menarik dan gelap pun ada.


mlm,dulu,sekarang,kelas,malam,burung,shaklee,
Kelas Malam, Dulu Dulu Punya Cerita nij



1. Datang Rumah ke Rumah

Boleh kata sampai sekarang, teknil ni memang sesuai bagi orang yang mudah mesra, senang nak bercakap pasal produk atau nak tarik orang join jadi downline. Dulu memang selalu juga orang datang rumah explain pasal business. Pengalaman kami pernah join MLM lain, merasalah datang rumah kawan buat presentation dan business plan.


2. Modal Besar

Memang tak boleh lari dulu, MLM teruk dihentam kerana modal besar, bukan produk yang mahal, tapi mereka menjual pelan pemasaran mereka, dan menyatakan modal permulaan amat penting dalam business. Kalau diikutkan, yuran menyertai mana mana syarikat MLM adalah begitu murah, tak sampai RM 100. Tapi business begini dirosakan oleh golongan tertentu yang mengejar pangkat dan kekayaan.   

3. Tayang Kereta

Dulu memang begini, sampai sekarang pun begini, tayang kereta, itu salah satu cara nak tarik orang join bawah kita. Senang je, tapi kalau tak tayang kereta, bukan MLM, atau businesslah jawabnya. Oklah, tapi ikut niat masing masing, nak tayang atau tidak. Ada orang suka dan ramai yang tak suka, kitorang pun dulu pernah buat juga, hahaha saja seronok seronok pun ada !!!

4. Kelas Malam

Yang ni antara paling gila dan kalau tidak pergi, mulalah kata kita ini malas dan sebagainya. Kelas malam ini penuh, tak boleh bawa anak dan sebagainya. Dulu masa join MLM burung, tinggal anak masih kecil, mak tolong jaga, sampai satu masa, saya seorang je pergi, balik pukul 2 hingga 3 pagi, jauh pulak tuh, adui memang tak larat dibuatnya. Tapi sampai sekarang, memang MLM suka dengan kelas malam ini.


Oklah, nanti kita sambung lagi topik bahagian 2 dan seterusnya, selamat malam semua !!!


Faiz Saaid



0 comments:

Post a Comment