Home » , , » Pesan Abah Saya

Pesan Abah Saya

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Friday, March 21, 2014 | 3:02 PM

Alhamdulillah, selepas balik dari solat JUMAAT , saya terus nak ke Shaklee HQ di Subang Jaya sana. Tak pasal pasal pula kereta kena halang , mungkin orang ini nak cepat solat jumaat, mungkin dia tak larat nak jalan, jadi kena buat double triple parking. Saya pula jadi mangsa, nasib baik tak perlu cepat sangat. Oklah berbalik kepada pesan ayah saya itu, bunyinya begini

1. Jangan DOUBLE PARKING
Saya memang dari dulu tak pernah tengok abah double parking, halang orang nak keluar, dan halang orang lain . Kalau terpaksa parking jauh lagi bagus dari menyusahkan orang lain. Bayangkan kita parking tepi jalan masa kita solat jumaat, adakalanya kita dah sesakan trafik dan menyusahkan orang lain yang mahu gunakan jalan tersebut.

2. Senyum dan Peramah
Mungkin Abah saya kerja bahagian koporat, sudah jadi kebiasaan untuk jadi peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Lagi lagi kita sebagai peniaga,  kita lagilah kena mesra dan rajin bertanya bila orang masuk ke kedai kita. Janganlah bermasam muka dan buat tak tahu kalau pelanggan masuk ke kedai kita. Paling ingat sekali masa Abah jadi pengurus besar di Pejabat Pos Besar, big boss kat Ipoh dulu, masih sempat tunjukkan jalan pada pakcik tua yang memang tak tahu langsung cara nak berurusan di di pejabat pos.

3. Tanam POKOK yang Boleh Makan
Lagi satu pesan abah ialah dia tak suka pokok bunga yang takda manfaat langsung dan tak boleh makan. Kalau boleh bagus tanam pokok buah, sayur atau ulam. Abah kata orang lain semua boleh makan, burung , binatang yang makan, kita juga dapat pahala, bileh sedekah kat surau dan sebagainya.

Oklah saya rasa tiga benda ni je yang saya nak cerita untuk petang ni. Kalau rasa tak nak parking atau halang kereta lain, cubalah datang awal ke surau/ masjid. Lagi bagus jalan kaki kalau masih larat. Baguskan jalan kaki !! Oklah selamat beramal

Faiz Saaid

2 comments:

  1. Kalo kes terpaksa sgt..letak la no phone..boleh jgk call mtk alih kita nk keluar..ni org selfish ni kalo mcm ni..aiyakk, kang tampor mcm keldai baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni nasib baik lepas solat jumaat, tapi bagi saya kalau ada urusan penting pun, akan cari tempat parking yang betul

      Delete