Home » , , » Raikan Mukjizat Cinta

Raikan Mukjizat Cinta

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Thursday, March 20, 2014 | 12:16 AM

Alhamdulillah, setelah lama memikirkan beberapa idea untuk mengembangkan, saya dengan ini melancarkan blog Rumah Mesra Ceria, dengan meraikan ilmu dari ahli ahli dari group Shaklee kami RMC. Buat pengetahuan pembaca semua, blog ini adalah satu blog interaktif, khas untuk semua masyarkat di luar sana yang berminat untuk mengetahui tips marketing serta motivasi dari keluarga RMC.


Keluarga Rumah Mesra Ceria



Rich Millionaire Club ke Rumah Mesra Ceria

Sejak wife saya menubuhkan RMC dengan nama yang begitu jutawan sekali, saya pada ketika itu hanya mengikuti dan sokong dari jauh, sehingga saya sendiri merasakan, group RMC perlukan nama yang lebih mesra, nama yang lebih unik dan lebih gembira, supaya ahli group RMC lebih mesra dan menjadi orang yang berguna di luar sana. Pada tahun lepas, saya mengambil inisiatif menukar nama group ini supaya bunyinya tidak kelihatan seperti group MLM lain, oklah , tapi bunyinya memang ada tiru sikit SUPERMOM CLUB HOUSE yang diasaskan oleh uplin kami, mommy Hadhatina dan MKB.

Karya Terbaik dari Keluarga RMC

Dengan wujudnya blog begini, saya berharap kita semua dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran untuk lebih maju dan berjaya di masa akan datang. Saya berharap keluarga RMC kami akan dapat memberikan ilmu yang terbaik buat anda di luar sana. Semoga blog ini menjadi satu saham akhirat dan sumbangan kami kepada anda di luar sana. Jika anda berminat untuk membaca pendapat merapu saya dengan lebih menghiburkan, bolehlah lawati blog gila gila saya Faiz Saaid . 


Sekian Terima Kasih

Faiz Saaid

0 comments:

Post a Comment