Home » , , , , » Tips Menulis BLOG : Rajin Membaca

Tips Menulis BLOG : Rajin Membaca

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Saturday, March 22, 2014 | 10:45 PM

Salam semua , saya malam ni sedang melayan liga super live di astro antara kelantan dan selangor, masih sempat nak layan lagi tulis blog ini. Sebenarnya banyak idea yang keluar nak share untuk anda, lagi lagi untuk anak cucu rumah mesra ceria. Tapi akhirnya memilih tajuk tips menulis blog. Nampaknya ramai dah tahu tips ni, betul ke kena rajin membaca ?  macam macam pendapat yang wujud.

1. Banyak Baca Banyak Idea
Hooo paling basic sekali ialah kita nak cari idea menulia dengan baik. Jadi idea akan banyak bila banyak membaca. Paling bagus ialah membaca buku. Tapi zaman era blogger ialah membaca banyak teknik penulisan blog yang lebih mencabar , nak tahu juga cara menggabungkan gambar dan video dalam satu post.

2. Fahamkan Konsep
Banyak membaca juga menguatkan kefahaman kita pada sesuatu subjek yang hendak kita tulis. Ianya amat penting kalau kita nak menulis dengan baik. Walaupun kadang kadang kefahaman kita tidak, menulis berdasarkan kefahaman adalah latihan penulisan yang bagus. Tak perlu risau kalau salah, tentu ramai yang akan membetulkan kesilapan kita dengan menulis komen.

3. Elak Copy Paste
Bila kita banyak idea dan banyak menghafal fakta, ianya bagus untuk SEO blog kita, dan kita tak perlu nak copy paste artikel yang ada . Membaca dan menghafal seberapa banyak membantu kita menulis banyak terma saintifik atau bahasa yang baik dalam satu entri.

4. Baca Pelbagai Buku
Satu perkara penting nak jadi penulis yang baik ialah dengan membaca banyak buku dari pelbagai bidang. Itu membuatkan seorang penulis itu mempungai kredibiliti yang tinggi. Walaupun sekarang ini ialah zaman google , membaca buku sebenar amat penting dan perlu dititikberatkan .

Oklah saya rasa anda di luar sana tentu ada tips yang lebih baik lagi. Jadi bolehlah berkongsi dengan kami jika anda bermurah hati.

Selamat Malam

Faiz Saaid

0 comments:

Post a Comment