Home » , , , , , , , » Tips SEO : Kelas BLOG di Kamunting Beach Resort

Tips SEO : Kelas BLOG di Kamunting Beach Resort

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Sunday, March 30, 2014 | 11:49 PM

Salam sejahtera semua, saya baru balik dari MELAKA haritu, sempat mengajar anak anak Zety Hafiza Fantastic STAR. Hooo, nampaknya saya tak sangka dalam sesi JOM HEBAT MELAKA, kami suami isteri diberi paling banyak masa untuk bercerita dan berkongsi konsep asas tentang blog, teknik SEO, dan cara bercerita berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan ramai kawan, dan berkongsi ilmu dan saling tukar pendapat dengan SID lain yang hadir di Pengkalan Balak. 





tips,seo,kelas,blog,melaka,pengkalan,balak,beach,resort,kamunting
bersama GMF



Untuk hari ini, saya cuba nak ulangkaji balik apa yang saya tekankan sangat tentang SEO kali ini. Nampaknya, kali ini, berbanding dengan kelas anjuran NURUL, saya tekankan beberapa elemen penting untuk membuatkan blog kita menjadi lebih hebat !!


FOKUS

Saya hendak mereka fokus semasa menulis blog. Maknanya, walaupun blog itu boleh diselit pelbagai cerita, tapi paling bagus ialah memilih untuk FOKUS pada sesuatu bidang yang ingin dikuasai. Contohlah kalau mereka nak jual set kurus, saya telah meminta mereka untuk mengisikan gambarajah PIE, peta minda untuk set KURUS. dari situ mereka boleh membuat rangka dan menulis dengan baik 


Menjadi PAKAR

Bila kita fokus pada tajuk yang dipilih, ianya memberikan kita kelebihan kerana kita akan sentiasa membaca dan bertambah ilmu tentang bidang yang ingin dikuasai. Di sini saya tekankan mereka supaya mereka menjadi PAKAR dalam bidang masing masing. Apabila artikel ditulis dengan baik, kita tentu mendapat backlink dari blog lain yang boleh dipercayai. Saya menyeru mereka supaya suatu hari nanti, blog mereka akan dirujuk oleh PAKAR lain juga, di situ letaknya markah SEO kepada blog mereka .


Kongsi PENGALAMAN

Untuk menjadi penulis yang baik, berkongsi pengalaman adalah satu kelebihan kita dari orang lain. Pengalaman sendiri lebih berharga, jadi menulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan amat penting dan banyak membantu dari segi SEO, membuatkan pembaca tertarik dengan cerita kita .



OKlah yang ni saya rasa antara yang paling best atau menarik pasal SEO ni. Oklah, kepada semua peserta kelas BLOG MELAKA, selamat update dan CINTAILAH BLOG ANDA !!!



2 comments: