Home » , , , , , , , , , , » Akal fikiran membezakan kita.... gunakan dengan bijak

Akal fikiran membezakan kita.... gunakan dengan bijak

Written By royanty baruddin on Friday, April 4, 2014 | 7:51 PM



Semua makhluk Allah ada otak cuma yang membeza manusia mempunyai akal fikiran. Selalu kita dengan "fikir sebelum buat". Jangan ada sesalan di kemudian hari.

Perkara ni berlaku depan mata kami sekeluarga semasa perjalanan dari Kulai ke Klang kat masa terjadi ni dekat klia.

Perjalanan yang jauh dari Kulai meletihkan tapi tak tahu kenapa saya tergerak melihat "side mirror" sebelah penumpang. Ada beberapa budak-budak muda berlumba dan membuat aksi "superman".... sambil bersimpang siur jalan ( no 8) mencelah kereta kami. Terdetik dalam hati "jatuh karang macam mana"....

Dari rumah ibu bapa melepaskan kita pulang ke destinasi yang mungkin duduk menyewa di area Shah alam. Pesan ibu...." bawa motor baik-baik, jangan merempit".... confirm la.. semua ibu akan bagi nasihat begitu.

Nak di jadikan cerita... budak ni tergesel dengan body kereta yang betul-betul depan kami. Saya nampak badan dia melayang dan terseret beberapa meter atas jalan raya. Ya Allah... masa tu kalau lah kereta depan tu terlanggar, terseret dan budak tu meninggal macam mana???...

Kami berhentikan kereta untuk membantu apa yang patut. Suami dah geram je nak bagi nasihat free.... tapi mengenangkan budak ni dah luka sana sini. Diamkan saje.Habis baju dan seluar koyak.

Nyawa kita ni sekali je dik oi... buat apa-apa kena fikir. Sama ada mendatangkan kemudaratan kat kita atau pun orang di sekeliling kita.

Fikir dulu sebelum buat.

0 comments:

Post a Comment