Home » , , » Alasan ponteng kelas

Alasan ponteng kelas

Written By Harris Abd Hamid on Wednesday, April 2, 2014 | 4:37 PM



Balik dari Osaka semalam (sampai rumah kul 1 pagi), tido tak berapa nak cukup lagi dan keluar semula rumah sebelum pukul 7. Pukul 8.30 dah terpacak dalam kelas. Alangkah hampanya bila ramai yang tak datang kelas. Ini bukan pertama kali, dan sebagai lecturer, memang macam-macam alasan yang didengar bila students tak datang kelas.

Geram punya pasal, keluarlah statement ni: If you're not interested to learn, don't be surprised that I'm not interested to teach.

Aci tak kalau lecturers pulak beri alasan macam yang kat bawah ni untuk kansel kelas?

1) Hantar kereta ke workshop sebab dah sampai mileage untuk servis dan queue panjang kat workshop.
2) Teman suami/isteri/jiran pergi ambil MC di klinik.
3) Baru balik dari membentang kertas kerja di negara Thailand Darul Gajah dan mengalami simptom jet lag.
4) Kasut terkoyak dan terpaksa shopping beli kasut kat mall. Alang-alang shopping, beli barang-barang lain jugak.
5) Tak sempat sediakan nota untuk kelas.
6) Rasa pening dan nak muntah baca assignment students.
7) Laptop rosak dan tak de teknologi lain di dunia untuk present slides
8) Ngantuk, sebab malam semalam anak kejutkan tengah-tengah malam untuk buat susu.
9) Ngantuk, sebab malam semalam terkejut.
10) Sibuk nak update blog.

I pun nak dalih-dalihlah.

1 comments:

  1. Malangnya tak boleh nak beralasan macam tu kan... Sabar je lah..

    ReplyDelete