Home » , , , , , , » begitu, begini, ke situ ke sini

begitu, begini, ke situ ke sini

Written By royanty baruddin on Tuesday, April 8, 2014 | 7:10 AM

Dalam kehidupan kita seharian selalu jadi begini. Jumpa macam-macam orang. Ada yang jujur, ada yang lurus, ada juga yang kaki kelentong, ada yang poyo, yang dengki. Banyak lagi lah nak sebut. Tak semua orang baik dan tak ada la jahat semua. Tapi don't judge the book by it's cover. Ada yang nampak baik tapi tikam dari belakang. Ada yang nampak sombong tapi baik sebenarnya.

Ada yang tengok kejayaan orang tapi dengki. Nampak orang berjaya dia pun hendak tapi banyak sangat perkataan TAPI dalam diri. Sendiri mau ingat lah kan. Orang yang berjaya 'no needs approval from other people'. Apa juga tindakan kita hari ini menentukan kejayaan untuk hari esok.


Nak berjaya kena ada pengorbanan. Bukan dari orang lain, datang dari diri kita sendiri. Korban masa, korban perasaan dan wang ringgit. Itu lah MODAL kita untuk mengorak langkah.

Nak buat begitu lah, begini lah.... nak ke situ lah nak ke sinj lah..... tapi kalau sekadar omongan kosong tak akan memberi makna kalau tidak memulakan langkah pertama.

Usaha tangga kejayaan. Dan kejayaan tidak datang bergolek. Impian kena jelas senang kita nak capai. USAHA, DOA & SABAR kejayaan pasti mengintai anda.

0 comments:

Post a Comment