Home » , , » Betul ke Kesesakkan lalu lintas boleh sebabkan sakit jantung?

Betul ke Kesesakkan lalu lintas boleh sebabkan sakit jantung?

Written By Ainul Mustafa on Friday, April 4, 2014 | 10:08 AM


Pagi tadi ajak husband sarapan nasi lemak di kelana jaya.Nasi lemak kegemaran kami.agak mahal tapi sedap.
Perjalanan dari Shah Alam ke Kelana Jaya tidak la jauh mana tetapi waktu pagi ni sememangnya time peak hour orang ke tempat kerja.



Kebiasaan bagi warga lembah klang dengan situasi ini setiap hari. Pergi balik kerja dah biasa dengan kesesakan lalu lintas.

Bagaimana kesesakkan lalu lintas boleh sebabkan sakit jantung?

1. Stress

kunci utama kepada semua penyakit merbahaya. Bayangkan kat tempat kerja dah stress dengan bos, kerja-kerja opis.balik pulak stress dengan kesesakkan jalan raya. Kalau kat KL ni jam bukan sikit sikit.stuck kat jalan pernah sampai 2jam.nak nanges je rasanya lebih lagi teringat anak anak.kat rumah.masa berjalan tak menunggu kita.mahu jam 9, 10malam baru sampai rumah.


2. Pemakanan

sampai rumah lambat disebabkan kesesakkan jalan raya.sampai rumah jam 8mlm baru nak makan malam.tu pun kalau sampai jam 8mlm.ada masa sampai jam 10malam.10malam la baru nak makan.tak makan lapar la pulak.tak boleh tido.Makan pulak nasi lemak, nasi goreng, roti canai..


3. Tidur yang tidak cukup

sampai rumah jam 9malam.makan ambik masa sampai 10malam.lepas tu nak main dengan anak anak.layan suami isteri. Kemas rumah kalau sempat.tup tup dah jam 12 atau 1 pagi baru nak tidur. Esok pulak jam 5pagi dah nak bangun kena bersiap awal ke tempat kerja.nanti jam lagi...


Kepada warga lembah klang dan sering menghadapi kesesakkan jalan raya harap dapat belajar menguruskan emosi. Emosi tertekan akan sebabkan seribu penyakit.



1 comments: