Home » » Kesedaran Sivik : Boleh Tak Kita Ubah?

Kesedaran Sivik : Boleh Tak Kita Ubah?

Written By Ismaliza Yahya on Wednesday, April 2, 2014 | 6:39 PM

Sementara menunggu bas sampai ke destinasi, saya teringat suatu kisah yang saya rasa terpanggil untuk kongsikan dengan pembaca. Sesuatu yang mungkin tak akan boleh mengubah apa apa apatah lagi atitude manusia. Tapi sekurang kurangnya boleh buat kita semua tergerak hati untuk mengubah diri kita dan  diri orang yang tersayang.

Beberapa hari lepas, saya dan kawan cuba untuk menaiki bas dari seremban ke Pasar Seni Kuala Lumpur. Orang kata nak  testing testing berapa jauhnya..berapa tambangnya.. sebab saya akan berulang ke tempat kerja dari seremban nanti.

Sampai saja di Terminal One, kami sempat singgah di suatu kedai runcit. Yang kawan ni beli newspaper dan saya beli dua tin air milo dan roti untuk kami berdua. Saya letak semua tu atas kaunter. Tokey tanya nak plastik? Kawan jawab nak. Saya jawab tak payah. Jawapan serentak dari mulut masing masing. Saya tanya dia..kenapa nak plastik? Bukan banyak pun yang kita beli. Orang lagi nak kurangkan penggunaan plastik. Tuu tempat pelupusan sampah dah tinggi menggunung! Bebelan pertama dari saya buat kau sang sahabat!

Beberapa minit kemudian bas pun tiba. Kami mengambil tempat duduk. Kawan saya ni mula membuka plastik roti. Selesai makan roti, plastik diselit ditengah seat. Saya nampak tapi saya buat tak tahu. Lepas turun bas..saya tanya, kenapa buang plastik roti kat celah seat? Habis nak buang mana?  Awk, saya sanggup letak plastik roti dalam handbag sementara belum jumpa tong sampah. Bla bla bla..bebelan kedua dari saya.

Sampai pasar seni, kami menaik LRT menuju Taman Jaya. Newspaper yang dibeli oleh kawan saya tadi dah habis dibaca. Lalu dia buang dalam tong sampah. Saya tanya. Kenapa awk buang newspaper tu? Dia jawab kan dah habis baca? Saya kata membazir. Kalau dah habis baca, bawak la balik rumah. Boleh gak kita letak dekat port suratkhabar lama. Boleh jual..boleh recyle. Bebelan ketiga saya.

Begitulah kami bila keluar bersama. Saya terfikir berapa ramai di luar sana yang kurang kesedaran sivik. Tanyalah diri sendiri berapa ramai antara kita yang sanggup pegang barang tanpa plastik? Berapa ramai antara kita yang sanggup  simpan sampah sebelum jumpa tong sampah? Berapa ramai yang terfikir disebabkan suratkhabar seringgit yang kita buang dalam masa tak sampai sehari tu melibatkan berapa banyak pokok yang mereka tebang?

Saya tak berharap penulisan ni boleh ubah mindset masyarakat Malaysia dalam isu kesedaran sivik ni. Tapi duduk sekejap..dan cuba renungkan..Singapore antara negara yang terbersih. Kenapa kita tak boleh? Kita nak negara buat macam macam untuk kita. Tapi benda seremeh ni pun kita tak boleh buat untuk negara kita. Shame of you....

p/s : saya memang suka membebel bila tengok tabiat mcmtu oleh orang paling rapat dengan saya. Haha alhamdulillah kawan saya tadi pun dah taknak guna plastik sekarang ni. 

 Kalau saya tak mampu ubah mindset rakyat malaysia yang berjuta ni, dapat ubah mindset orang yang paling rapat pun jadik la.. :)

1 comments: