Home » , , , , , , , , » Buku dan Teori Hebatnya

Buku dan Teori Hebatnya

Written By Noraini Zolkaffli on Friday, April 4, 2014 | 1:17 PM

Teori 3B ( Book Breed Brilliant)

Buku melahirkan bijak pandai. Ibu bapa yang sering membaca buku kepada anak-anak semasa kecil akan melahirkan anak-anak yang berjaya. Pelaburan yang sangat minimum, 12 minit sehari akan membuahkan hasil yang berbaloi-baloi. Sekiranya ibu bapa sering membacakan buku (ex.bedtime story) kepada anak-anak, mereka akan mempunyai kadar konsentrasi yang lebih baik, boleh meningkatkan komunikasi melalui penulisan dan percakapan (written & spoken)

Memupuk minat cinta pada buku pada anak-anak sejak dari awal lagi boleh melahirkan legasi yg hebat. Melalui minat membaca dapat meningkatkan daya imaginasi dan secara tidak langsung meningkatkan vocabulary mereka..


Membaca melahirkan generasi bijak pandai.

Mula dari awal..

Membaca kepada bayi mungkin nmpk macam gila..tapi percayalah..baby kita mgkn tidak akan faham sepatah pun apa yang ibu dah ayah dia bacakan..tetapi secara perlahan baby kita akan mula respond dengan apa yg kita ceritakan kepada nya nnt..kerana dengan gaya penceritaan dan intonasi pembacaan akan merangsang emosi baby secara tidak langsung...ingat! membaca perlulah dengan gaya yg betul..kalo baca buku cerita 'arnab dan kura-kura' tanpa emosi dan mood yg sesuai..confirm bosan kan..so wujudkan gaya penceritaan seperti penglipurlara gitu..

Peringkat Toddler

Wujudkan satu ruangan atau sedut penbacaan yang selesa di rumah untuk anak-anak. Ruang tu tak perlu lah besar sampai nak kene ade interior designer kan...just a squashy cushion and good lighting pun dah better. Sekiranya anak-anak selesa barang-barang yang mereka sayang berada dekat dengan mereka apabila mereka membaca (like snuggle dools atau blankets), then let it be je. Sebab itu pendorong mood mereka untuk membaca atau mendengar ibu bapa nya membaca. Anak-anak(toddlers) perlu terlibat dalam pemilihan buku yang mereka suka. Luangkan masa ke bookstore dan let them decide buku apa yang mereka mahukan. Trust me, kalau kita ikut citarasa mereka confirm berulang kali lah cerita itu yang akan menjadi pilihan untuk di baca. Pemilihan buku penting untuk menarik minat anak membaca, pastikan texture buku menarik dan colour yang menarik. Apabila membaca kepada anak-anak, bring them to life story by making sound effects and funny voices, and encourage them to copy you (wah english mode la plak, hehe).

Pra-Sekolah 

Bawa anak-anak anda ke aktiviti luar yang menarik seperti ke perpustakaan, dan biarkan mereka spent time di library untuk melihat keaadaan dan  memilih buku untuk di baca. Dedahkan mereka dengan cara untuk mengambil buku di perpustakaan dan biarkan mereka membuat keputusan untuk buku yang mereka minat untuk pinjam dari perpustakaan. Jadikan aktiviti rutin at least 3 ke 4 kali sebulan. Keadaan ini akan mendedahkan anak-anak dengan persekitaran membaca dan juga mereka akan terdedah dengan golongan yang mempunyai minat membaca.


Jom kenali diri ini sebagai penglipurlara comel kepada anak-anak syurga saya. Mungkin boleh membantu anda dan memberi tips kepada anda. Jom singgah dan Blog walking ke blog saya yang hebat tu (sape lagi nak puji blog sendiri, hehe)...My Childs Genius

0 comments:

Post a Comment