Home » , , , , , , » Diri ku dan tapak sulaiman

Diri ku dan tapak sulaiman

Written By farhanahomar on Sunday, April 13, 2014 | 12:46 AM

Assalamualaikum..


                               

Hari ni saya teringat satu citer pasal tapak sulaiman..Saya dgr cerita ni masa saye berkursus satu masa dulu.Mayb ada yg pnh dgr kisah ni,tapi di hati saya ianya ada pengertian tersendiri.

Kisah nya, ada seorang penulis, sedang berjalan di pesisir pantai di awal pagi untuk mencari idea sebelum melakukan penulisannya.. Dari jauh dia terpandang umpama ada org tengah menari di gigi air.Terus dia mendekati org tersebut dan barula dia tau,sebenarnya org itu sedang mengutip sesuatu di gigi air dan mencampak nya ke laut.Perlakuan org itu secara berterusan kelihatan seperti menari!
Melihat perlakuannya itu, penulis bertanya apa yang sedang dia lakukan.

Orang muda itupun berkata dia sedang mengutip tapak sulaiman dan mencampaknya ke laut kerana hari sudah mahu siang,dan tapak sulaiman ni akan mati sekiranya dibiarkan disitu..
Kata si penulis, bukankah tapak sulaiman ini terlalu banyak, dan kamu itu umpamanya sedang lakukan kerja yang sia sia.

Jawab org muda itu, sekurang kurangnya dia mampu merubah nasib  tapak sulaiman yang dah berjaya dia kutip!

Apa yang ingin saya kongsikan kat sini, jangan sesekali takut melakukan sesuatu perubahan walaupun ianya hanya sedikit.Kerana kadangkala,perubahan atau usaha yang sedikit itu lah yang kadangkala akan memberi kesan yang sangat bermakna seumur hidup kita..
salam sayang,dan selamat mlm..

0 comments:

Post a Comment