Home » , , , , , , » Ferguson vs Moyes Dalam Konsert Supermom Idol

Ferguson vs Moyes Dalam Konsert Supermom Idol

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Sunday, April 27, 2014 | 10:15 PM

Alhamdulillah, berakhirnya konserto pertama Supermom Idol, kami rasa puas hati menjayakan konsert pertama untuk adik beradik kami. Paling penting sekali tentulah segala point dan isi yang saya belajar di sana, sambil menjadi MC yang gila kuasa membuli budak budak yang datang !!!!.

Ada yang paling penting tentu sekali satu moment di mana Fahmy Shuhaimi , doctor of love, bercakap tentang Ferguson dan Moyes. Banyak saya belajar dari perbandingan ini. Ramai tahu Moyes telah dipecat, dengan prestasi buruk pasukan Manchester United yang dibarisi oleh pemain yang hampir sama menjulang piala liga tahun lepas.

Fahmy telah memberikan contoh, pentingnya seorang leader yang memimpin sesebuah organisasi. Leader yang hebat memberikan impak yang besar kepada pengikut yang tak bagus. Tapi leader tak hebat boleh buatkan pengikut yang bagus jatuh prestasinya.

Jadi pentingnga menjadi leader yang hebat, ianya cukup membuatkan mereka yang biasa biasa jadi LUAR BIASA !!!!  Kalau anda bijak, cuba komen kat bawah player yang anda tahu.

0 comments:

Post a Comment