Home » , , , , , , , , , , » Fikir dan cakap yang baik-baik, hasil pun yang baik

Fikir dan cakap yang baik-baik, hasil pun yang baik

Written By royanty baruddin on Monday, April 14, 2014 | 9:03 PM

Sering kali kita dengar, orang tua-tua berpesan . FIKIR SEBELUM CAKAP. Tapi biasa lah kita akan dengar "lidah tidak bertulang". Pada kita mungkin tidak memberi kesan tapi pada orang yang mendengar, kita tidak tahu. 



Makan pun kita tak boleh sebarang makan. Apa yang kita boleh makan tak semestinya orang lain pun boleh makan. Perut masing-masing, ada yang tahan pedas, ada yang tak boleh makan pedas, ada yang suka manis ada juga yang suka tawar. Selera masing-masing. Apatah lagi kata-kata yang lantang dan pedas. Sebab kata-kata itu lebih tajam dari senjata.






Lebih baik yang sedang-sedang saja. Buat baik berpada-pada, buat jahat?..... lagi la... jangan sekali. First impression itu penting untuk orang menilai kita jenis yang macam mana. Biar cantik luaran dalaman juga cantik. Seiring dan sejalan. 

Apa yang lahir di Mulut itu yang terlintas di fikiran. Oleh itu fikir yang positif, fikir yang baik- baik maka yang terzahir pun semua yang positif dan baik-baik belaka. Hormat orang baru orang hormat kita.


Cermin diri, hiasi peribadi


0 comments:

Post a Comment