Home » , , » Kisah beli wristlet coach

Kisah beli wristlet coach

Written By Ainul Mustafa on Monday, April 7, 2014 | 9:24 AM


Janji ditepati.. itu janji saya pada anak anak shaklee saya. Siapa berjaya melangkah maju 1 tapak ke hadapan saya akan hadiahkan wristlet coach.Alhamdulillah ramai anak cucu cicit naik rank. Rupanya wristlet coach betul betul pemangkin mereka.

Seperti yang dijanjikan selepas closing saya sibuk mencari penjual wristlet coach ni. Tanya si A,B , C , D ... bila ada design yang berkenan tiada stock pulak. Bila ada stock design agak kurang menarik. Nak bagi hadiah mesti la memenuhi citarasa saya yang mahukan yang cantik -cantik aje.

Penjual A
Ada design yang cantik. Bila PM sampai sudah tak reply.kecewa :(

Penjual B
Ada design yang terhad dan agak mahal.KIV dulu

Penjual C
Ada design cantik.harga pun murah.bila PM dia reply. Lepas tu tanya la nak 5unit.dia cakap 1 design 1 unit je.dia offer jenis baru.nanti dia nak tunjukkan gambar. Dah 2 hari tunggu takde pun gambar :(

Penjual D
Harga agak mahal tetapi banyak design yang cantik cantik yang tiada pada penjual A,B & C.  Bila PM cepat je reply padahal dia di US. Bila cakap nak 5 unit dia hantar 10 gambar design terbaru. Naik rambang mata.hehe...
Akhirnya settle beli dengan penjual D

Barang sama..kualiti sama.. tetapi harga berbeza.tak la beza banyak.dalam puluh puluh je. Kenapa saya pilih penjual yang letak harga paling MAHAL??  Bukan ke harga MURAH lagi best..

Saya mencari SERVIS yang TERBAIKKK.saya minta 5 design tapi dia bagi 10 gambar untuk dibuat pilihan.

Harga MURAH tetapi SERVIS TERUK ..customer pun tak pandang.mungkin sekali je beli.lepas tu senyapppp

Harga MAHAL SIKIT... tetapi SERVIS TIP TOP... confirm repeat order lagi..




Jangan TAKUT pada persaingan HARGA. sebab yang paling PENTING dalam perniagaan adalah SERVIS YANG TERBAIK



0 comments:

Post a Comment