Home » , , , , » Kuasa Cinta Adik Beradik dalam FROZEN

Kuasa Cinta Adik Beradik dalam FROZEN

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Wednesday, April 9, 2014 | 9:35 PM

Alhamdulillah, baru berkesempatan update blog rumah mesra ceria, blog yang saya janjikan banyak manfaat untuk pembaca, dan khas untuk anak anak cucu rumah mesra ceria. Terima kasih juga kepada para penyumbang artikel, semoga anda dapat manfaatkan blog ini, dan bersama sama menjayakan blog ini untuk kebaikan bersama

FROZEN dari Walt Disney
Saja nak bawa pembaca tengok filem FROZEN , keluaran walt disney yang katanya banyak pancaroba dan konspirasi. Saya banyak kali tengok, setiap kali mesti anak saya suruh pasang, tengah hari tengok, malam tengok, memang budak budak suka watak ANA dan ELSA dalam Frozen. Habis setiap masa, dalam tv, handphone mesti tengok Frozen. Paling best lagu Let it Go menjadi fenomena satu dunia, dari yang menyanyikan pelbagai bahasa, tak campur lagi parody yang kelakar dan buat geli hati.

Kuasa Adik-Beradik
Tapi berlainan dengan cerita disney yang lain, Frozen dihiasi dengan semangat kekeluargaan. Bagaimana kuasa adik beradik berjaya menyelamatkan sebuah kota , walaupun padanya Elsa tidak mengawal perasaannya dan menyebabkan satu kota Arendelle kesejukan dan bertukar menjadi salji walaupun kalender menunjukkan waktu musim panas. Tapi sayangnya Anna kepada Elsa tetap berusaha untuk selamatkan kakaknya dari dikuasai kuasa ais batu ini. Hooo, nak kata akhir cerita, kuasa adik beradik ni berjaya mengembalikan kota Arendelle menjadi aman dan sejahtera.

Let It Go, lagu MOTIVASI ?
Heheh lagu ni menjadi fenomena, banyak yang suka, dan fahamkan lagi, lagu ni boleh diibaratkan melepaskan masalah yang ada, atau paling bagus lagi ialah lepaskanlah yang lalu, biarkan yang lalu pergi, jadi teruskan apa yang ada. Tak perlulah nak mengingat kembali kisah lalu yang menjadi igauan. Kadangkala ada benda yang kita kena lepaskan, untuk dapatkan benda yang lebih hebat . Banyak benda kita kena lepaskan, kesenangan untuk bersukaria, untuk bersusah dan berusaha menjadi seorang yang HEBAT !!!.

Itu sahaja untuk hari ini, banyak lagi filem yang menarik untuk kita ambil ikhtibar dan belajar, dari sudut teknikal dan intipati sesebuah filem animasi. Hooo memang terbaik, termasuk konspirasi yang wujud, jadi pilihlah yang mana anda suka, MOTIVASI atau KONSPIRASI . Selamat Malam

LET IT GO !!!

Eh tambahan , best tak anda boleh freeze the summer ?
Faham tak apa maksudnya ?




0 comments:

Post a Comment