Home » , , » Kuasa minda menjerat diri.

Kuasa minda menjerat diri.

Written By royanty baruddin on Wednesday, April 2, 2014 | 9:48 PM

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semua dah di tentukan. Tapi kita sebagai makhluk yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran yang waras, kena lah berusaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Kuasa minda memainkan peranan yang penting. Jadi fikir yang baik-baik maka baik lah yang terjadi. Impian tanpa usaha hanya angan-angan.

Melihat kejayaan orang lain kita jadi iri hati. Tapi jangan pandang dari pandangan negetif. Buat sebagai dorongan dan semangat untuk kita berusaha untuk menjadi seperti idola kita.

Tanpa ilmu dan mentor kita tidak akan berjaya. Umpama di tangan kita ada peta tapi kita tak tahu mrmbacanya dan tanpa kompas boleh ke kita mencari jalan? Dah tentu sesat kan. 


Begitu juga bila ada majlis ilmu, selagi terdaya dan kalau boleh kita usaha untuk hadirkan diri untuk menyedut ilmu dari mereka yang berjaya. Tapi kalau selalu kita ikut tak dan (tak sempat) dan tak yah (tak perlu) tak kan ke mana kita. Mungkin kita rasa kita dah cukup hebat dan tak perlukan bimbingan. Ilmu ni amat berharga.... masa dan peluang yang ada hari ini mungkin kita tak akan dapat di lain kali. Ada orang sanggup bayar untuk mengikuti majlis ilmu, berhabis ribuan wang ringgit sebab apa? Ilmu itu amat berharga. Bila kita berilmu orang respek kita.


Ini salah satu cara nk 'upgrade' diri kita. Bukan laptop atau handphone je nak kena 'upgrade'.


Bila kita berada dalam kelompak negetif sedikit sebanyak pengaruh negetif tu akan melekat kat kita. Mungkin bila kita berada di kelompok yang baru kita kenal, kita akan jadi lebih energetik dan bombastik....macam saya yang perlu pergi Team Building dengan orang-orang yang saya tak berapa nak kenal. cuak juga.... sebab tak kenal dan malu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Sebab kita dapat pandangan yang berbeza. Dan bila kita perlu buat benda yang tak pernah kita lakukan ..... kita akan jadi lebih kretif. Siapa sangka sebelum ini tak pernah terfikir nak kena menari dangdut, kena menari dangdut dan kumpulan kami jadi juara. Mungkin kelebihan kita yang kita tak pernah tahu.

Jadi.... jangan takut untuk mencuba.

Anda usaha, anda dapat.




1 comments: