Home » , , , , » Pengajaran Dari Pengamen Tugu MONAS

Pengajaran Dari Pengamen Tugu MONAS

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Saturday, April 19, 2014 | 3:36 AM

Salam sejahtera semua. Balik dari Jakarta memang memenatkan, tapi sebenarnya banyak benda yang dipelajari semasa berada di Indonesia, baik di jogja mahupun kota Jakarta yang penuh warna kehidupan. Saya tak sangka impian saya jamming dengan pengamen Jakarta tercapai. Dari situ sebenarnya banyak benda yang saya perhatikan dan cuba belajar dari mereka. Saya memang suka travel dan jamming dengan orang tempatan, masih ingat lagi masa saya jamming dengan budak laut sewaktu berada di Bali pada tahun 2008.

pengamen,tugu,monas,jamming,satu,chord,
jamming dengan pengamen tugu monas


Hanya Satu Chord Boleh Cari Makan

Hahhaha, saya kekadang respect, kadang kadang gelak juga tengok pengamen Monas dalam video ini. Saya ajak dia jamming dengan saya. Bila saya jamming, lah dia main satu Chord je, lagi sempoi, dengan satu chord tu dia cari makan, dan bila saya tanya lagu yang dia main, dia selamba je cakap itu lagu Iwan dari Malaysia, hoo ok, saya pun tak tahu, tapi nampak sungguh dia begitu yakin, dan selepas itu dia terus pergi menghiburkan pengunjung monas yang lain. Memang jiwanya sungguh berani, demi sesuap nasi, walaupun satu chord, tapi berani dan yakin dengan kemampuannya, dan muka penuh selamba dan tak malu.


Mengamen Itu Asas Kepada Jualan ?

Saya sedar, mengamen itu sebenarnya benda asas kalau nak berjaya, nak berjaya buat jualan, kalau kita tak berani nak buka mulut, itulah masalah bila nak buat jualan. Paling senang pun buka mulut di Internet, itupun rasanya kita malu. Saya masih ingat lagi, ada yang berkahwin hanya bacakan surah sahaja sebagai mas kahwin. Di situ saya perhatikan, mengamen, apa benda sekali pun, tak kisahlah main gitar, atau baca surah, ataupun mengamen benda yang lebih hebat seperti menjual barang, penting sekali , kalau tak buka mulut, jawabnya tiada JUALAN !!!!





2 comments: