Home » , , , » Rahsia Minda Jutawan 2

Rahsia Minda Jutawan 2

Written By Harris Abd Hamid on Friday, April 4, 2014 | 8:56 AM



Terima kasih kepada bakal OKR (orang kaya raya) yang rajin membaca. Memang itu antara ciri OKR. Orang yang rajin menulis pun bakal OKR, kan?

Eh? bakal? Belum jutawan lagi?

Ya, saya belum capai status jutawan lagi. Tapi saya rasa layak untuk menulis tentang rahsia minda jutawan. Kalau ikutkan, memanglah tulisan Harv Eker memfokus kepada rahsia untuk jadi jutawan. Tapi, banyak 'rahsia' yang dikongsikannya adalah rahsia untuk BERUBAH dan BERJAYA. Kita boleh guna rahsia tu untuk tambah duit, tambah ilmu, tambah skill, tambah pangkat, dan lain-lain (jangan suka-suki tambah bini pulak ya). Secara khususnya, ada beberapa sebab yang meyakinkan saya untuk menulis:

1) Kalau tengok jumlah harta dan duit dalam akaun bank, memang saya belum bergelar jutawan. Tapi saya dah mengecap kejayaan dalam bidang pelajaran. Alhamdulillah, pada 2011 saya lulus program kedoktoran dan dapat title 'Dr'. Itulah puncak kejayaan dalam bidang pelajaran. Ramai yang ingin bergelar Dr, tapi tak ramai yang berjaya mencapainya. Di Malaysia, kerajaan hendak lahirkan 60,000 pemegang PhD di bawah program MyBrain. Maknanya, dalam satu Malaysia ni, tak de sampai 60,000 pun pemegang PhD. Alhamdulillah, Allah telah pilih saya untuk jadi salah seorang daripada yang layak bergelar Dr. Atas kesedaran itulah saya rasa saya mampu menulis dan mengupas rahsia minda jutawan.

2) Kalau dikira duit di tangan, memang tak ada sejuta. Tapi, sejak sekolah menengah sampailah PhD saya menerima biasiswa (bukan hutang atau pinjaman PTPTN). Alhamdulillah. Kalau dihitung-hitung, kalau tak lebih, memang dah hampir sejuta nilai yang saya terima sepanjang tempoh pengajian. I'm already a millionnaire, dan dah habis belanjakan sejuta tu. Terima kasih rakyat dan kerajaan Malaysia yang sponsor pengajian saya.

3) Saya nak jadi OKR (Orang Kaya Raya). Saya sendiri nak memahami dan mengamalkan nasihat dan saranan Harv Eker. Cara yang baik untuk faham ialah dengan mengajar. Saya bukan nak ajar atau 'menggurui' pembaca. Saya tulis dalam bentuk mengajar supaya saya tahu apa yang saya nak ajar. Betul saya kurang ajar. Sebab tu nak tambah ajar. (err...faham ya?)

So, atas dasar keyakinan ini, saya harap saya dapat kongsikan 17 Wealth Files yang dirungkaikan oleh Eker. Yang pertama ialah "Rich people believe "I create my life". Poor People believe "Life happens to me". Dalam bahasa Melayu "OKR percaya "Aku membina kehidupan sendiri". OKK percaya "Aku ditimpa kehidupan".
Dalam next post kita discuss point ini ya.

1 comments: