Home » » Rahsia minda jutawan

Rahsia minda jutawan

Written By Harris Abd Hamid on Wednesday, April 2, 2014 | 1:40 AM


"Kalau nak dunia, kena ada ilmu dunia. Kakau nak akhirat, kena ada ilmu akhirat. Kalau nak dunia dan akhirat, kena ada kedua-dua ilmu dunia dan akhirat."


Macam pernah dengar je kan ayat-ayat tu? nasihat tentang ilmu tu bukanlah satu rahsia - sapa-sapa pun boleh tau pasal tu. Begitu juga sebenarnya tentang minda jutawan - bukan ada rahsia besar pun. Tak de konspirasi. Jutawan pun manusia macam kita jugak. Depa ada struktur otak yang sama dengan kita. Jantung satu, paru-paru dua. Tak pernah pulak juru x-ray jumpa empat paru-paru dan dua jantung bila depa buat x-ray jutawan.

Salah sorang multimillionnaire yang kaya raya atas usaha sebdiri (vs sebab mewarisi harta atau menang loteri) ialah Harv Eker. Masa mula-mula dengar namanya, reaksi pertama ialah "sapa mamat ni"? Dia tak femes macam Bill Gates atau Warren Buffet. Tapi, dia sangat terkenal di kalangan lebih 250,000 ( ya...suku juta) orang yg dia tolong jadikan lebih kaya dan happy.

Bagaimana dia boleh ada rahsia minda jutawan? Sebab dia belajar. Dan sebab dia pernah jadi susah dan senang. So, dia boleh bandingkan minda orang susah dan minda orang kaya raya. Yang menariknya, dia sudi berkongsi ilmu dan pengalaman untuk tolong orang lain jadi kaya. Tak perlu join kultus jutawan atau apa-apa persatuan sulit lagi rahsia. Ini bukan kisah iluminati. Yang penting, ada rasa nak belajar, dan ada rasa nak kaya.

Kalau rasa dah cukup kaya, sila stop membaca sekarang. Bagi yang meneruskan, tahniah kerana anda ada ciri orang kaya. Orang kurang kaya (OKK) biasanya berhenti lebih awal dari orang kaya raya (OKR): berhenti berusaha, berhenti tuntut ilmu, berhenti berharap. Itu antara pesanan yang kita boleh dapat bila baca buku Harv yang bertajuk " Secrets of the Millionnaire Mind". Buku ni memang laris di pasaran. Hasil jualan buku ni buatkan Harv bertambah kaya. Dah kaya, bertambah kaya. So, macam mana nak berfikir seperti orang kaya?  Macam mana nak jadi OKR?

Nak tau tu, sila baca buku tu.

Atau tunggu next post pasal minda jutawan. Satu lagi ciri OKR ialah penyabar. So, bawak bersabar ya. Korang kan bakal OKR?

1 comments: