Home » , » Semuanya dengan NIAT!

Semuanya dengan NIAT!

Written By farhanahomar on Monday, April 7, 2014 | 1:05 PM

niat,ikhlas,allah,baik,



Salam ..

Malam tadi saya hantar kawan saya yg nak sambung belaja kat London, bidang senibina. Gembira untuk dia, kerana dia berusaha utk ke sana. Kisah nya agak tragis kerana, pada awalnya dia dah dapat offer letter dari salah sebuah U di tempat lain. Malangnya, MARA tak mau terima U tersebut sebab MARA hanya mau U yang ter list dalam top 100 dunia!

Masa tu, dia agak risau, nak cari U baru, dengan masa yang dah sangat singkat. Kengkawan pulak, asik tanya dia. Stress jugak la dia. Tapi kiteorg selalu support dia. Alhamdulillah, lastly dia dapat jugak offer letter dari UCL ! University College London.

UCL is ranked fourth in the world's top ten universities by the QS World University Rankings (2013).

Rezeki dia! Sebab saya nampak usaha dia. Cabaran dia.  Janji Allah tu PASTI!!

Macam kawan saya, memang dia sangat sangat nak sambung di oversea. Memang itu yang dia usahakan dari awal dia decide nak sambung blaja..Itu impian dia..Dia selalu bgtau saya, dia hanya belajar untuk carik ilmu.. Hahah..jwpan cliche kan?? Tapi itula realitinya..Itu lah asasnya..

Niat

Buat la apa sahaja, tanpa niat yang asas, memang takkan dapat kepuasan.  Tapi kalau kita buat kerja dengan jiwa, dengan sepenuh hati dan niat yang jelas, yang pahit pun rasa cam gula gula..Sebab?? Kita ikhlas, kita jujur..

Sama la dengan belaja, asas utama adalah NIAT!

Kalau kite niat nak belaja untuk mencari ilmu Allah yang baru, ilmu yang kita tidak tahu, dan kita ingin kongsikan ilmu itu  dengan semua orang dan kita mahu ilmu itu memberi manfaat untuk semua makhluk Allah, keseronokkan  belaja itu akan datang sendiri. Yang susah kita akan rasa umpama rencah, yang sakit kita akan rasa umpama  pelengkap. Indah bukan..

Jom  kita Cintai ilmu..Gali la ilmu, semestinya darjat kita mulia disisi Allah..






0 comments:

Post a Comment