Home » , , , , » TIPS SEO Bila Pakar Bersuara

TIPS SEO Bila Pakar Bersuara

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Sunday, April 6, 2014 | 4:03 PM

Semalam program KEMBARA ASB , group aku sayang bini dapat dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya tuan Naja dan saya akan berkongsi pengalaman, kedatangan Fahmy Suhaimi dan Hirman pakar SEO datang untuk menjayakan kelas GILA GILA BLOG . SELAIN itu perkongsian terbaik dari MASTER CINTA Kamarudin Mahad bagaimana menjadi seorang suami kepada seorang SID

Amalan 40 Hari Berbloging
Saya berkongsi tips fokus , membuat peta minda dan fokus untuk menulis , berdasarkan topik atau target produk yang hendak dijual. Jadi saya berkongsi bagaimana penulisan yang konsisten dengan ayat yang berbeza membolehkan kita bersaing dengan keyword yang lebih general, walaupun bermula dengan keyword yang lebih spesifik. Pendakian keyword itu perlulah istiqamah dan tak boleh lari dari matlamat sebenar.

Gaya Penulisan Ikut Pembaca
Tuan Naja berkongsi bagaimana cara untuk menaikkan trafik dan berkongsi link pada pelanggan facebook, bila nak buat post dan sebagainya. Paling penting tuan Naja bercerita gaya penulisan yang berbeza untuk pelanggan yang berbeza. Contohnya gaya penulisan yang serius menjurus kepada golongan profesional dan yang mungking berusia.

Teknikal SEO
Paling beruntung peserta gila gila blog kali ini ialah perkongsian teknikal oleh saudara Hirman yang sudi berkongsi tips teknikal dan bangak istilah dan bahagian teknikal yang masih belum peserta blog tahu. Hirman berkongsi bagaimana setiap teknik banyak mempengaruhi ranking dalam carian google.

Perkongsian MASTER CINTA
Selain itu sebelum rehat, Master Kamarudin sempat bercerita pengalamannya bersama isteri tersayang lydzar rusman bagaimana dia memberi restu dan menyokong lydzar menjayakan business Shaklee. Hoo kisah paling sedih tentu sekali masa dia buat part time jadi tukang potong rumput sebelum berjaya menjadi businessman yang berjaya.

Nasihat Tuan Pengerusi ASB
Tuan Fahmi berkongsi juga nasihat kepada peserta , satu amalan 6 bulan yang perlu dilakukan, update blog dan promosi blog. Perlu kerja keras dan istiqamah. Kalau 6 bulan tak jadi, berhentilah buat Shaklee kata tuan Fahmy.


Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat tuan Q razali, Naja , Hirman , Fahmy, Kamarudin, Hamzah dan semua sekali yang tak sempat nak sebut nama. Harap harap peserta semua dapat bercinta dengan blog masing masing, yakin dengan penulisan masing masing


0 comments:

Post a Comment