Home » , , » TIPS SEO : Fokus

TIPS SEO : Fokus

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Saturday, April 5, 2014 | 5:49 AM

Selamat Pagi semua, Alhamdulillah dapat juga bangun awal pagi, sebab dah terfikir nak gerak dan setup laptop untuk program GILA GILA BLOG, jadi memang tidur awal semalam untuk berehat, terpaksa melupakn aktiviti badminton ASB. Takut ada yang letih keesokan harinya dan mengantuk lambat datang. Sebab saya bukan jenis bangun awal pagi, jadi tidur awal mesti satu kemestian.

Jadi satu tips terbaik dari saya untuk SEO pada pagi tak buta ni ialah berkenaan dengan FOKUS !!! Apa itu fokus tuan tuan ? Fokus ini ialah tumpu, kita tunpukan perhatian kita pada sesuatu topik dan bidang yang hendak kita ceburi. Biasanya orang yang membuat Phd , mesti akan hargai teknik fokus ini, kerana mereka perlu fokus dalam bidang keilmuan mereka, lagi kecil dan lagi mendalam, itu lebih baik untuk seorang calon Phd. Hoo dia pergi jauh kedalam ilmunya. Kalau tak Fokus, nanti boleh sebabkan kerja jadi banyak dan kita tak tahu apa benda nak buat.

FOKUS dalam penulisan blog amat penting, supaya google dapat mengklasifikasikan blog kita tentang apa. Hooo kalau nak tahu, anda boleh cuba beberapa cara ini, barulah anda sedar betapa pentingnya fokus.

1. Jika anda menaip kata kunci " ayam masak merah" , tentu sekali entry yang keluar itu ialah blog masakan. Ye, sebab blog masakan akan fokus kepada resepi masakan, takdalah pulak dia jual Shaklee atau benda lain.

2. kata kunci yang lebih panjang dan spesifik akan memberikan lebih banyak peluang untuk anda . Blog anda mudah dijumpai dengan kata kuncibyang panjang dan fokus. Perbezaan ketara kata kunci yang fokus dengan tak fokus

Masakan Ayam Pedas   vs Masakan Ayam Pedas di Shah Alam

Ahhaha nampak tak, bila kita lebih fokuskan seperti meletak tempat, barulah google dapat memberikan jawapan yang lebih tepat, seterusnya membantu google menjumpai blog kita. Jadi keyword yang lebih panjang akan kurang persaingan, tetapi kelemahan ialah ianya jarang dicari, lagipun lumrah manusia suka cari benda simple yanh cepat dan mudah.

Cara paling berkesan untuk menguasai kata kunci yang lebih umu ialah JANGAN LARI FOKUS !!! Sentiasa update pada bidang atau kata kunci yang diidamkan. Tapi jangan pula copy paste, yang ni memang masalah kalau anda copy paste.

Oklah Selamat Mencuba !!!!!



0 comments:

Post a Comment