Home » , , , » TIPS SEO : Matlamat Akhirat

TIPS SEO : Matlamat Akhirat

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Tuesday, April 1, 2014 | 11:17 PM

Alhamdulillah, masuk bulan, keluarga rumah mesra ceria bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk berjaya dalam Shaklee . Semalam juga saya sebagai owner blog rmc dengan rasa berbesar menerima seorang penulis tamu dari group GMF, Ayu Nawawi, anak kepada Noor Azmiah. Alhamdulillah, ramai yang mula masuk ke dalam blog ni, terima kasih diucapkan

Suatu tips yang mudah untuk menjadi blog yang SEO ialah dengan meletakkan MATLAMAT AKHIRAT. kenapa AKHIRAT ?  Menulis dengan menyumbangkan ilmu yang bermanfaat membuatkan pahala berterusn kepada pemberi ilmu tersebut. Jadi menulis dengan rasa ikhlas dan kasih sayang, memberikan satu identiti kepada orang lain terhadap diri kita. Jadi rajin rajin lah berkongsi ilmu. Letakkan Saham Akhirat anda pada blog. Jadikan blog anda sebagai satu saham, kalau anda tiada lagi, mereka yang membaca akan terus dapat manfaat dari pengalaman dan tips yang anda share.

Mungkin kita bukan hartawan, nak bina telaga, nak bina masjid, nak buat sekolah, tapi menggunakan khidmat blog percuma, atau youtube, anda dah boleh bajak Saham Akhirat anda, janjo tulislah dengan penuh kasih sayang, tak perlu nak copy paste, tulis dengan ayat sendiri. Jika silap, belajarlah dari kesilapan. Tulislah supaya mereka di luar sana dapat suatu kuasa aura motivasi dari hasil coretan kita.

Yakinlah, kejar AKHIRAT, DUNIA PUN BOLEH DAPAT.

Faiz Saaid

0 comments:

Post a Comment