Home » , » Jangan Risau

Jangan Risau

Written By Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Saturday, May 10, 2014 | 7:40 AM

Di zaman yang penuh fitnah dan cabaran, memang tak boleh lari dari kerisauan, dan zaman sekarang ni kita lebih mencari keredhaan manusia dari keredhaan Allah. Hooo sungguh risau kita pasal benda ini. Tapi takpa, apa yang penting, fokus dan terus fokus. Orang yang risau tak tentu pasal macam macam halangan akan datang

Buat Secara Konsisten walau sedikit
Salah satu tips nak elakkan kerisauan yang melanda kita ialah dengan membuat satu perkara dengan konsisten , walaupun sedikit. Kalau risau semua benda tak kemas atau sempurna, kita perlu buat juga, dan teruskan juga, walaupun tak sampai matlamat atau aras tanda yang ditetapkan. Jadi buatlah secara perlahan-lahan ikut kemampuan masing masing.

Belajar Dari Kesilapan
Satu perkara lagi ialah kita banyak dari kesilapan, belajar dari pengalaman. Kalau kita risau , kita takkan pergi jauh, tak pernah ambil peluang dan menyabut cabaran. Kita kena berani, dan letakkan kerisauan di dalam poket, teruskan melakukan sesuatu yang baru dan mencabar.

Apapun kerisauan anda, jangan lah lupa berdoa kepada Allah, ingatlah, Allah sedang menguji kita dengan macam macam ujian. Terus usaha, kalau fikir risau, tak kemana kita !!!


1 comments: