Home » , , , , , , , , , , , , » Jangan Sibuk Main Smart Phone !!!

Jangan Sibuk Main Smart Phone !!!

Written By Dila Gebu on Monday, August 17, 2015 | 1:53 PM



Assalamualaikum..
Pesanan pagi utk rakan semua..
Aku terkesan.. Moga kamu semua pun sama ambil pengajaran.

Lagi2 skrg tgh viral pasal eksiden 3 sekeluarga meninggal tu.

Pesanannya..

HIDUP LAH UNTUK HARI INI

Tugasan pagi tadi saya interview seorg datin. Di tengah pbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata saya menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sangat menusuk jauh ke dalam hati saya. Apa yang diperkatakan jelas terkena pada batang hidung saya (yang tak berbatang pun sebenarnya).

Nasihat Datuk tersebut yang saya perlu share dengan kekawan FB:

1. Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.

2. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.

3. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.

4. Jangan terlalu sibuk/gila mcari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.

5. Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

6. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mgkn rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'saya meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi, mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

7. Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.

8. Ketahui pakaian yang dipakai pasangan/anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?

9. Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu mnjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tidak langsung (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata. Hak dalam membuat kputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.

JANGAN INGAT KITA MASIH ADA HARI ESOK 

Kongsi dari blog

kredit: fb wan hartini

0 comments:

Post a Comment